Profil

Raudhatul Muhibbin bermaksud taman para pencinta bagi mereka yang dahaga dan dambakan kerinduan dan kecintaan buat Nabi akhir zaman, Rasulullah s.a.w. Raudhatul Muhibbin ini umumnya berada dibawah naungan Maahad Tahfiz Ibnu Sina. Nama Raudhatul muhibbin ini diguna pakai sejak bulan Oktober 2016. Raudhatul Muhibbin ini adalah salah satu platform buat seluruh golongan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur untuk menyertai segala program yang dianjurkan oleh sukarelawan-sukarelawan dari seluruh negeri di Malaysia dan Raudhatul Muhibbin ini berada di bawah pimpinan dan kelolaan para masyaikh dan ustaz secara amnya.


TAMAN PENCINTA

صلوا على خير الأنام، المصطفى بدر التمام،
Raudhah Muhibbin taman mahabbah,
Memecah empangan ashobiyyah,
Seluruh pelusuk bumi Allah,
Datang memuji Rasulullah,
Gemanya selawat dan qasidah,
Di medan indah penuh berkah,
Niatkan merebut Redo Allah,
Gembirakan Hati Rasulullah,

Beramal dengan sunah-sunah,
Quran dikhatam berjemaah,
Menjamu makan dan berkhidmah,
Basahkan lidah dengan zikrullah,
Assyairoh maturidiyyah,
Pegangan akidah ahli sunnah,
Mazhab Shafie penuh berkah,
Pilihan mazhab berIbadah,

Tiada seorang terkecuali,
Semua wajib memuji nabi,
Kisah sohabat dihayati,
Merekalah rijal hawlannabiy,
Ahlul bait nabi dicintai,
Dengarkan cerita para wali,
Moga Allah sucikan hati ,
Dipilih menuju tanah suci,

Kecil besar tua muda,
Sedang siapkan bekal cinta,
Kerna sabda nabi mulia,
Saling cinta dibangkit sama,
Maqam cinta melepasi,
Maqam amal di ukhrowi,
Dengan Mendengar sirah nabi,
Moga tetaplah cinta kami,

Kulit putih kulit hitam,
Lidah fasih lidah A’jam,
Ahlul madih ahlul kalam,
Ingin rintih rindu terpendam,
Kepadamu Khoirol Anam,
Ishfaq lana Yaumazdiham,